SONIA'S BLOG



KEPENTINGAN PENDIDIKAN TERHADAP RAKYAT 📖

Seperti yang kita ketahui, bidang pendidikan sememangnya penting untuk memastikan generasi akan datang mampu untuk terus mentadbir negara dengan baik. Semua lapisan masyarakat berhak memdapatkan pendidikan yang secukupnya demi menjamin masa hadapan mereka serta masa hadapan negara. Kerajaan telah mengambil banyak inisiatif untuk memastikan semua lapisan masyarakat mampu untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Antaranya, kerajaan telah memberi bantuan biasiswa kepada pelajar sekolah serta telah memperkenalkan PTPTN bagi memudahkan pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi membuat pinjaman kewangan untuk membiayai yuran pengajian mereka.

Antara kepentingan pendidikan ialah dapat melahirkan 
rakyat yang berilmu pengetahuan. Dengan adanya ilmu pengetahuan,rakyat akan mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan setanding dengan taraf pendidikan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat menyara kehidupan harian mereka. Mereka akan dapat membeli keperluan asas yang secukupnya dan sudah pasti kehidupan mereka akan lebih bahagia.



Selain itu, kepentingan pendidikan yang lain ialah dapat memajukan negara. Kajian telah membuktikan bahawa kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika dan Jepun mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan tinggi. Rakyat yang berpendidikan mampu untuk membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara. Mereka mampu mengeluarkan idea-idea yang kritis dan kreatif untuk melakukan perubahan yang lebih baik terhadap negara. Sekiranya sistem pendidikan di negara kia dapat dinaiktaraf, sudah pasti negara kita akan menjadi maju setanding dengan negra-negara luar. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik pelancong-pelancong daripada negara luar untuk melawat negara kita.


Di samping itu, kepentingan pendidikan yang lain ialah dapat menaikkan imej negara. Di samping mempunyai budi bahsa yang tinggi, ilmu pengetahuan rakyat juga dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Langkah kerajaan menghantar seorang angkawan nehara ke angkasa lepas telah memberikan imej positif tentang sistem pendidikan di negara kita di mata dunia. Kini, terdapat juga rakyat Malaysia yang ditawarkan pekerjaan di luar negara kernama mempunya ilmu pengtahuan yang luas dan berkemahiran tinggi. Hal ini sudah pasti dapat meaikkan nama Malaysia kerana orang lur akan bependapat bahawa Malaysia mampu menghasilkan rakyat yang berkebolehan dalam bidang pekerjaan serta berilmu pengetahuan yang tinggi.


Kesimpulannya, pendidikan sangat penting serta memainkan peranan yang besar dalam era moden ini. Tanpa pendidikan, rakyat serta negara akan mundur. Negara akan dipandang rendah oleh negara-negara luar. Hal ini sudah pasti akan memberi kesan  kepada ekonomi negara pula kerana pelabur-pelabur asing akan hilang minat untuk melabur di negara kita yang mundur kerana tidak menitikberatkan pendidikan. Oleh itu, rakyat di negara ini mestilah berusaha untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya supaya mereka mampu meningkatkan taraf hidup serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Video menunjukkan mengenai kepetingan pendidikan terutamanya kepada golongan B40.-oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar.


Comments

Post a Comment